-Sejumlah perkataan yang oleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa
nama – orang, tempat, benda dan konsep
contoh: penentu kata nama penerang
Segala perkakasan komputer
Kata Nama Am
-perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep
contoh: benda – alam, orang, dunia, pokok……
perkara – cahaya, roh, hisapan…….
konsep – kediaman, keadilan, kebisingan…
Kata Nama Khas
Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ia. Misalnya:
Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.